Saturday, 28 March 2015

BERITA ONLINE...PRO AND CONS.

Dipos oleh : Nur Shuhada dan Siti Zawiyah

Berita online mudah diakses dengan kecangihan teknologi pada masa sekarang. Pengemar yang gemar membaca berita tidak perlu mengambil masa yang panjang untuk mendapatkan sesuatu berita kerana mereka hanya perlu "search" dan "scroll" sahaja. Surat khabar yang bercetak memerlukan masa yang panjang untuk dibaca dan ia juga perlu dibeli untuk pembaca mendapatkan sesuatu berita. Terdapat pelbagai jenis berita "online" iaitu berita blog contohnya "The Guardian" dan " International The News Blog" , Harakah Daily, Utusan Online, Berita Harian Online dan pelbagai lagi. 
Pertama, berita blog merangkumi pelbagai berita semasa yang datang dari seluruh dunia dan ditulis oleh  wartawan warga dari seluruh dunia yang dikumpulkan menjadi satu blog dan pelbagai slot yang boleh pembaca dapati dan ini  juga merangkumi berita yang terdahulu. 
Manakala, untuk Berita online kami memilih dua akhbar untuk dibandingkan iaitu Harakah Daily dan Utusan online. Harakah online ditulis oleh pihak pembangkang kerajaan manakala Utusan Online ditulis oleh wartawan yang lebih memihak kepada kerajaan. Perbandingan dibuat untuk melihat cara penulisan berita disampaikan dan ditulis oleh kedua-dua jenis akhbar ini. Pada pandangan kami, Harakah Daily lebih banyak menyentuh isu keagamaan dan politik contohnya, isu Hudud yang sedang hangat diperkatakan. Manakala Utusan Online lebih banyak menyentuh isu dalam negara seperti isu GST. Antara kelebihan berita online, pembaca boleh menyuarakan pendapat dan komen mereka berbanding media cetak pembaca tidak dapat memberi komen dan pendapat mereka terus kepada admin. 
Dalam hal ini, kami berpendapat blog berita lebih rational untuk dilawati berbanding berita online yang lain. Ini kerana, blog berita lebih banyak membincangkan isu-isu semasa yang masih hangat dan juga terdapat berita yang terdahulu. Pembaca boleh mendapatkan maklumat daripada blog walaupun berita tersebut sudah berlalu. 
Anda semua boleh melawati site berita yang di bincangkan untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. 

Rujukan
Isu Hudud. (2015, Mei 6). Halakah Daily. diambil dari : http://www.harakahdaily.net/index.php/cari?searchword=isu%20hudud&ordering=newest&searchphrase=all
Isu Gst. (2014, September 15). Diambil dari : http://www.utusan.com.my/special/search/search-7.124?q=isu+gst